Wednesday 2 November 2016

CINTA HATI BAB 13

Assalammualaikum Cinta Hati...
sihat tak? maaflah lambat update..
fara jaga ayah dekat hospital..
doakan ayah fara kay...


   BAB 13

 Sudah sebulan Alisya dan Alif berkahwin.Mereka kini tinggal di Shah Alam,dimana dekat dengan tempat kerja Alif.Tanpa pengetahuan sesiapa,Alif dan Alisya tidur berasingan.Itu merupakan syarat Alisya kepada Alif ,apabila kejadian malam pengantin mereka yang tidak Alisya sangka.

 Nasib baik aku bangun dulu,kalau tak malu aku.Macam mana pulak aku boleh peluk mamat tu? Setahu aku ,kalau aku tidur tak ada pulak aku peluk bantal peluk.Emm,lantaklah,ujar Alisya.

 Walaupun Alisya kahwin dengan Alif atas pilihan keluarga.Namun dia tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.Alif yang bekerja sebagai arkitek sangat menitikberatkan pemakaian.Setiap hari dia perlu menggosok baju Alif.Mula-mula tu rasa macam nak marah je mamat tu.Tapi bila dah lama-lama tu dah biasa dah.

 Alisya masih belum dapat pekerjaan.Namun Alif masih mampu untuk menanggung Alisya seorang.Lainlah kalau dah ada orang ketiga dan seterusnya.

 Alisya tidak menafikan bahawa Alif sangat menyukai kanak-kanak,terutama bayi.Apabila Alif pergi ke tempat kerja Alisya akan menghabiskan masa dengan mengemas rumah dan membaca novel yang Alif belikan .Katanya,untuk aku baca masa tengah boring.

 Diluar kedengaran bunyi kereta Alif.Alisya segera menuju ke arah pintu,dan menyambut kepulangan suaminya.Alisya nampak muka Alif yang kepenatan,namun dia merasa pelik apabila Alif tidak menyambut huluran tangannya.

 Alif membaringkan tubuhnya yang keletihan di atas sofa di ruang tamu.Kepalanya pening memikirkan masalah yang menghantui mindanya.

 Semasa Alif di tempat kerja.Dia telah mendapat satu panggilan dari kampung.Ibunya menyatakan hasratnya yang ingin tinggal dirumahnya bersama dengan adik bongsunya,Amira Syakinah.
 Macam mana aku nak cakap dengan bini aku ni.Aku takut karang dia tak setuju dengan cadangan aku.Aku harap dia tak marah,ujar Alif.

 "Sayang......sini kejap.Abang nak cakap something ."
 Dia tahu Alisya tidak suka sekiranya dia memanggil Alisya dengan panggilan sayang.Namun ,memang Alif sudah jatuh sayang dengan Alisya ,itu tidak dapat di nafikan lagi.

 "Awak nak apa? Awak sihat ke? "

 "Abang sihat,cuma......."tiba-tiba suara Alif tidak terkeluar.

"Kenapa pulak ni? Cuba cakap tu tak payah nak berhenti.Cakap jelah,"marah Alisya,apabila Alif tidak meneruskan bicaranya.

 Alif menghampiri Alisya yang duduk di sofa kembar.Dia mencapai tangan Alisya dan mengucupnya buat seketika.

 "Sayang,tadi mak call abang dekat office.Mak cakap dia nak datang lusa dengan Amira."

"Haa?? Betul ke mak nak datang? Bestnye....."
Alisya tersenyum kegembiraan.

 Sudah sebulan mereka berkahwin,dan selama itu juga mereka tidak pulang ke kampung.Akhirnya ,mak nak datang dekat sini jugak.Alisya telah merancang-rancang aktiviti yang akan dilakukan selama emaknya disini.

 "Sayang suka ke?"

 "Mestilah saya suka,tahu tak saya boring sangat duduk rumah sorang-sorang.Kalau mak dengan adik awak ada,boleh juga saya borak-borak dengan diaorang.Tak adalah saya asyik bersembang dengan batu je."

 "Tu la nak buat hal sendiri sangat,padan muka kan sayang dah boring duduk kat rumah"

 "Mana ada saya buat hal sendiri!"marah Alisya sambil mencubit lengan Alif.

 "Yelah-yelah,abang mengalah.Ni sebenarnya,abang nak cakap sikit."

 "Apa dia?"

 "Abang rasa ,masa mak dekat sini.Sayang kena tukar biliklah."

 "Apa? Tukar bilik?"

Terkejut Alisya mendengar kata-kata Alif.

 "Yelah,tukar bilik.Habis tu takkan sayang nak mak tahu yang kita tidur asing-asing?"

 "Emm.....awak,saya takutlah nak tidur dengan awak."

 "Kenapa nak takut pulak? Bukannya sayang nak tidur dengan hantu pun.Sayang tak kesian ke dekat abang? Asyik tidur sorang-sorang je...."ujar Alif dengan sengaja dilembutkan suaranya.

 "Ala...awakkan lelaki.Takkanlah takut pulak? Entah-entah awak bukan lelaki sejati tak?"
Sengaja Alisya mengusik jiwa Alif.

 "Amboi sayang,mulut tu macam nak kena cium je.Abang lelaki sejati tau,kalau sayang tak percaya,jom kita tengok.Sejati tak sejatilah nanti."kata Alif sambil mendekatkan lagi duduknya dengan Alisya.

 "Awak,janganlah macam ni.Malu tahu!"marah Alisya apabila Alif mula mendekatkan wajahnya di pipi Alisya.

 "Apa yang sayang nak malukan? Bukannya ada orang lain pun.Ada abang je."

 Alif mula memeluk pinggang isterinya dari belakang.Bibirnya mula mengucup tengkuk Alisya.Keharuman rambut Alisya dihidu berkali-kali.Isterinya itu kegelian.

 Alisya cuba menepis tangan Alif yang sudah mula menjalar.Kucupan demi kucupan begitu menyesakkan dada Alisya.Separuh hatinya menerima perlakuan Alif,tetapi separuh lagi cuba menidakkan.Alisya dapat merasa nafas Alif yang sudah mula tidak teratur.Pelukan dieratkan.

 "Awak,malulah sikit.Nanti orang nampak.Awak.....pergilah mandi dulu.Berbaulah."

 Alisya cuba menolak wajah Alif yang dari tadi mengucup wajahnya.Alisya mengambil kesempatan meloloskan diri apabila Alif mula melepaskan pelukannya.

 "Awak pergi mandi.Dah bau macam kerbau dah."

 "Kerbau-kerbau pun suami sayang jugak.Tak apa-tak apa,sekarang sayang boleh lari.Nanti masa mak datang,abang bagi tahu mak yang sayang tak nak bagi mak cucu."ucap Alif yang berbau ugutan.

 "Ala...nanti saya cakaplah.Awak tu gatal sangat.Takut saya nak dekat."

 Alif hanya tersenyum mendengar kata-kata isterinya.

 "Nanti turun makan,jangan terus tidur pulak."pesan Alisya mengingatkan suaminya.

 "Yela sayang.Nanti abang turun.Kalau abang tak turun,sayang naik tau."usik Alif.


 Hisy,tak nak aku nak naik.Karang aku pulak yang tak turun-turun.Macam mana pulak aku boleh terhanyut tadi!!


TQ for reading..
fara ada tulis cerpen masa dekat hospital masa jaga ayah..
tapii.... kalau esok atau lusa fara upload boleh? 
sebab... fara tulis dekat kertas.hihi

Tuesday 20 September 2016

cinta hati bab 12

yeahh.. akhirnya...

                                                    BAB 12
Riuh rendah persekitaran rumah Mak cik Senah dipenuhi sanak saudara dan sahabat handai.Di bahagian ruang tamunya pula sudah tersedia ruang luas untuk majlis akad nikah.
 Pelamin yang tersergam indah yang bertemakan taman kehijauan yang dihiasi dengan bunga-bunga segar turut disediakan yang merupakan rekaan khas dari butik Mika dan bunga-bungaan segar itu di sponsor oleh nursery Mimi.
Semuanya di sponsor oleh rakan-rakan. Haaa… kan untung ada kawan ramai.
 Di dalam bilik pengantin,Mika sedang sibuk mendandan Alisya bagi majlis pertunangan dan akad nikahnya sebentar lagi.
 "Cantiknya kau Alisya,muka lain sungguh.Mesti cik abang kau nanti terpegun gila tengok kau."
 Alisya yang duduk di birai katil hanya tersenyum hambar mendengar pujian Mika.Dia memakai baju kurung moden berwarna putih gading keemasan bertatahkan butiran permata.
 Mika memakaikan Alisya tudung yang warnanya senada dengan warna bajunya.Di atasnya diletakkan veil bagi menampakkan lagi keayuan wajahnya sebagai pengantin.
 Namun raut wajah Alisya tidak seiring dengan raut wajahnya.Dia nampak gelisah.Di mindanya masih berfikir siapakah bakal suaminya.
 Alisya tersedar bila dia mendengar suara emaknya di muka pintu menjemput wakil lelaki masuk ke dalam bilik untuk menyarungkan cincin pertunangan.
 Mak cik Senah tersenyum manis pada Alisya.Mak cik Senah menghampiri Alisya,Alisya segera menghulurkan tangannya.Alisya menyangka bahawa bakal suaminya ada kena mengena dengan Mak cik Senah.
 Mak cik Senah menyarungkan cincin pertunangan ke jari manis Alisya.Alisya seperti pernah melihat cincin yang berada di jarinya di kedai emas yang pernah dikunjunginya bersama Alif.
 "Cantiknya cincin kau,mesti mahal harganya."kata Mika.
 Farisya,Mimi dan Khalisya berada di ruang tamu bagi melihat upacara akad nikah yang akan berlangsung sebentar lagi.
 Mereka amat terkejut apabila melihat bakal suami Alisya.Mereka amat mengenali bakal suami Alisya.Seseorang yang pernah Alisya benci suatu ketika dahulu.
 Mereka nampak Alif memegang handphone sebelum dia menghampiri wali pengantin perempuan iaitu bapa kepada Alisya.
 Alisya merasa terkejut apabila mendengar bunyi deringan telefonnya.Alisya segera mencapai telefonnya dan membaca pesanan ringkas yang dihantar oleh nombor yang tidak dikenali.
                 Sudikah awak menjadi pemaisuri hidup saya??.
Alisya menatap pesanan ringkas yang dihantar kepadanya berulang kali.Dia menganggap pesanan ini daripada bakal suaminya dan dia membalas.
                Saya serahkan semuanya kepada takdir.Biar takdir yang menentukan segalanya.
 Setelah Alisya menghantar pesanan tersebut,hatinya tiba-tiba terasa sayu.Dia berharap agar jalan yang dipilihnya merupakan jalan yang terbaik buat dirinya.
 Di luar Alif tersenyum setelah menerima pesanan tersebut.Dia segara duduk di hadapan bakal bapa mertuanya yang akan menjadi wali.
 Sebelum majlis ijab dan kabul dijalankan,kadi memohon persetujuan bapa dan pengantin perempuan.Di dalam bilik Anis dipagut rasa sayu apabila melihat bapanya melangkah keluar untuk menyempurnakan majlis akad nikah.
  "Aku terima nikahnya,Anis Alisya binti Zainal Abidin dengan mas kahwin yang telah tersebut."
 Lafaz itu menerpa di pendengaran tetamu yang berada di ruang tamu.Sahlah kini dia sudah bergelar suami kepada Anis Alisya,wanita yang amat dicintainya.
 Pengantin lelaki dibawa masuk ke dalam bilik pengantin perempuan.Semua mata sudah memandang langkah pengantin lelaki.
 "Alisya,dia orang dah nak masuk dah!"ucap Mika.
 Alisya yang duduk di birai katil hanya memandang ke bawah.Tiba-tiba dia teringat akan emaknya.Tangannya menjadi sejuk tiba-tiba.Dia mengamati suara di luar biliknya.Hanya kedengaran suara ceria maknya.
  Apabila pengantin lelaki berdiri di hadapannya,dia segera menghulurkan tangannya dan tersarunglah cincin yang ditempah khas untuk majlis pembatalan air sembahyang.Alisya mengucup tangan suaminya.
 Alif mengangkat dagu Alisya dengan hujung jarinya.Kucupan pertama singgah di kening wanita itu.Hangat!Alif memandang mata Alisya yang terkejut dengan situasi itu.
 Mulutnya separuh ternganga,jantungnya bagaikan berhenti berdegup.Matanya tidak berkelip memandang wajah lelaki yang sudah bergelar suaminya.
  "Aku bermimpi ke ni?"
 Farisya meminta Alif membuat gaya tadi.Alisya memandang Farisya dengan pandangan yang seakan mahu menelannya.
 "Alif kau duduk sebelah Alisya,gaya romantik sikit,"
 Alisya tiada pilihan lain kerana pada ketika itu semua mata sedang memandangnya.Dalam hati,Alisya menyumpah seranah rakannya itu,yang sengaja mengambil kesempatan dalam kesempitan akan dirinya.
 Tangan Alif Syazwan melingkari pinggangnya.Alisya merasa tidak selesa apabila pelukan suaminya semakin erat.Kalau tidak disebabkan permintaan rakan baiknya sudah tentu dia menolak Alif Syazwan jauh dari dirinya.
 "Alisya,Alif ,aku nak tangkap gambar kau orang dekat pelamin."ujar Mika.
 Alif dan Alisya hanya mendiamkan diri .Mereka masih berperang dengan perasaan sendiri.Alisya memandang Alif,dan Alif memandang Alisya dengan perasaan yang sukar untuk ditafsirkan setelah dia sah menjadi suami kepada Alisya.
 "Ya Allah ,Ya Tuhanku.....rupanya aku cakap sorang-sorang.Wei, bangunlah cepat,takkan kauorang nak tangkap gambar dalam bilik je! Ha....ni mesti kes dah tak sabar ni.Bawak-bawaklah bersabar sikit.Dah tak lama lagi dah..."usik Mika .
 Alif segera bangun dan menghulurkan tangan kepada Alisya.Dia takut mereka akan diusik lagi.Alisya menyambut tangan Alif dan mereka beriringan menuju ke pelamin.
 "Alalala...nak romantik-romantik pulak korang kat sini.Malam ni jaga-jagalah kau orang,aku ngintai apa kau orang buat dalam bilik!"usik Farisya.
 Masya Allah,kawan-kawan aku ni dah tercabut skru ke apa? Giler kau ,aku nak tidur dengan dia! Memang aku lari malam ni,ujar Alisya .
 Mereka bertukar-tukar pakaian,yang Alisya geram tu ada ke patut suruh mamat ni tukar dekat dalam bilik aku?Dahlah malu tadi tak hilang lagi,ni saja je nak tambah malu aku lagi.
 Nasib baik dalam bilik aku ada bilik air! Kalau tak,memang naya je aku kena tukar depan mata dia.Dekat luar pulak ,Fazly telah di tugaskan untuk menjadi pengacara majlis,dia berceloteh sambil mendendangkan lagu-lagu bagi menghiburkan para tetamu.
 Masa makan beradab,Alisya dikejutkan dengan permintaan rakan-rakannya yang menyuruh kedua mempelai menyanyikan sebuah lagu yang bertajuk 'Jangan Pisahkan'.
 "Attention please! Disini ada satu permintaan dari para tetamu untuk kedua mempelai.Saya bagi pihak 'tetamu' tersebut nak dengar suara mempelai nyanyikan lagu 'Jangan Pisahkan'."ucap Fazly.
 Alisya memandang Alif untuk tidak menerima permintaan itu.Tetapi Alif buat muka selamba je,malah dia terus bangun untuk menyanyikan lagu tersebut.Alisya bangun dan pergi mendekati rakan-rakannya yang sedang menunggu Alif menyumbangkan lagu itu.
 "Saya tujukan lagu ini,buat isteri yang saya cintai.Terimalah......"
 Tetamu yang datang bertepuk tangan setelah mendengar kata-kata Alif.Mereka turut menantikan reaksi Alisya yang dari tadi hanya menjadi pendengar.
 Dahsyat giler mamat ni,terus terang giler.Kalau ye pun tunggulah malam nanti! Hehehehe......macamlah aku nak balas balik kalau dia ucap macam tu malam ni,Alisya tersenyum dan menanti Alif menyanyikan lagu tersebut dengan suara perempuan sekali dia tibai.
   Jangan pisahkan aku dan dia...
   Tuhan tolonglahku cinta dia....
   Biarkan kami tetap bersama.....
   Didalam suka dan...duka....
 Semua tetamu yang hadir berasa kagum dengan Alif,kerana dia berani meluahkan perasaannya dengan menyanyikan lagu ini.Ada yang menitiskan air mata,terharu giler!!! Macam diaorang pulak yang jadi isteri Alif.




 Setelah semua tetamu pulang,misi pertama yang perlu mereka lakukan ialah tukar pakaian! Sebab sekarang mereka harus bersatu padu dan bekerjasama untuk....... basuh pinggan,mangkuk,kuali,periuk dan sebagainya......
       Apa yang penting? Kerjasama....
 Walaupun mereka penat melayan tetamu,mereka perlu membereskan kerja ini sebelum malam.Sebab,esok mereka sekeluarga,sedara sepapat dan geng Mak Bedah dan semua-semualah yang bertungkus-lumus menjayakan kenduri ini akan di bawa bercuti ke Sungai Kelah.Itu merupakan hadiah dari pengantin untuk mereka.
 Alisya amat terkejut dengan pemberian Alif untuk mereka.Dalam tidak suka,Alisya tetap memuji sikap Alif yang sangat pemurah.Entah-entah saja nak ambik hati aku lah tu.Saja nak tunjuk baik.
 Selepas mereka menunaikan solat Isyak berjemaah,Alisya tidak nampak kelibat Alif di dalam rumah.Apabila dia bertanya kepada anak mak sunya,rupanya mamat tu tengah lepak dekat pangkin dengan sedara maranya.
 Alisya segera pergi ke dapur untuk membuat minuman untuk mereka.Tiba-tiba dia terasa bahunya di cuit oleh seseorang.Apabila Alisya berpaling,Irfan sedang tersenyum dan membisikkan sesuatu kepadanya.
 "Acik,abang Alif panggil."
 "Cakap kat dia,nanti acik datang."
 Irfan segera melangkah keluar dari dapur untuk menyampaikan 'amanat' tersebut kepada Alif.
 Alif meminta abang Azman untuk mengambilkan gitar kesayangannya di dalam bilik di rumahnya.Walaupun abang Azman geram dengan sikap Alif yang suka mengarah orang,tapi untuk hari ini dia sanggup untuk menerima segala permintaan raja sehari itu.
 Sedara yang lain segera masuk ke dalam rumah setelah nampak Alisya menuju ke arah pangkin yang diduduki Alif.
 Suasana menjadi sunyi seketika,yang ada hanya bunyi katak,belalang dan cengkerik yang sedang berbincang dengan menggunakan bahasa haiwan.Sehingga abang Azman muncul dengan membawa gitar kesayangan Alif.
 "Nah Tuan putera,hamba bawakan gitar kesayangan Tuan putera.Ada apa-apa lagi yang boleh hamba lakukan untuk Tuan putera?"tanya abang Azman dengan nada sindiran.
 "Beta mahu tuan hamba masuk ke dalam istana dan jangan ganggu asmaradana beta bersama permaisuri hati beta."balas Alif dengan senyuman .
 Hisy,adik dengan abang sama je perangai.Macam budak-budak,geli telinga aku dengar kata-kata dia tadi.Permaisurilah,betalah,ngada-ngada!!
 Abang Azman segera masuk ke dalam rumah setelah mendengar permintaan adik kesayangannya.Alif membetulkan duduknya,kini dia menghadap Alisya yang duduk di hujung pangkin.
 "Awak...saya mintak maaf sangat .Saya nak bagi tahu awak,tapi saya takut awak akan tolak mentah-mentah pinangan saya.Saya ikhlas sayangkan awak,saya nak awak jadi permaisuri hidup saya sampai nafas saya yang terakhir."ucap Alif dengan jujur.
 Alisya tidak tahu untuk berkata apa-apa lagi kerana semuanya sudah terjadi,dan kini dia sudah menjadi isteri kepada seorang lelaki yang pernah di bencinya suatu ketika dahulu.
 "Awak.....janganlah diam macam ni.Saya harap awak dapat terima saya.Kita boleh semai rasa cinta lepas kahwin.Please awak....jangan diam macam ni terus."jelas Alif.
 "Emm...saya masih dalam dilema lagi.Saya harap awak faham,saya tak boleh nak suka awak sekarang ni.Bagi saya masa untuk fikir."
 Alisya telah menukarkan panggilan aku,kau kepada saya,awak kerana dia perlu menghormati lelaki yang telah sah menjadi suaminya ,walaupun dia masih tidak dapat mencintai lelaki itu.
 Selalunya kalau pasangan yang baru berkahwin,tentulah nak bermanja-manja,cakap dengan nada yang romantik,panggilan yang 'dahsyat' macam darling ke,ayang ke,papa,mama ke,macam-macamlah kalau tengok orang yang  baru kahwin ni.
 Tapi semua ini tak akan berlaku antara Alisya dan Alif.Kalau Alif tu,insya Allah boleh lah panggil Alisya ,sayang or whatever.Tapi kalau Alisya,jangan haraplah.Kepala keras lebih daripada batu kerikil!
 Tiba-tiba Alif menyanyikan sebuah lagu yang di sukainya.Macam mana mamat ni boleh tahu lagu kesukaan aku? Siapalah manusia yang bagitahu mamat ni?
 Pertama kaliku bertemu denganmu,
 Sayunya hatiku meridui dirimu,
 Walaupun baru kita bersua muka ,
 Namun aku telah jatuh cinta,
 Pertama kali ku bertemu denganmu,
 Hatiku terpaut melihat senyumanmu,
 Aku mengharap engkau menerimakuku,
 Kerna aku bersedia mencintaimu,
 Akan ku renang lautan yang berapi,
 Membuktikan kehebatan cinta ini,
 Tetapi jika kau meninggalkan aku,
 Terhiris hati ini,terguris jiwa ini
 Menangis tak berlagu...Ohhh...
 Biarpun ombak yang merubah pantai,
 Kasihku tak akan hancur berderai,
 Biarpun hari berganti hari,
 Dirimu tetapku nanti...Ohhhh...
 Sayangku pimpinkan tanganmu,
 KIta bersama nikmati kisah cinta,
Hidup bagaikan di syurga.....
 Ohhh.....kasih.....
 Alif perasan yang Alisya sedang khayal dengan dunianya.Dia mengambil kesempatan ini untuk memberikan kucupan sayang untuk permaisuri hatinya.
 Alisya merasa terkejut apabila ada benda yang telah memberikan kucupan di pipinya.Alisya mula kembali ke alam nyata.Dia memandang sekelilingnya,pada ketika itu dia nampak Alif sedang berlari masuk ke rumah.
 Jahatnyer! Ambik kesempatan pulak mamat ni.Alisya bangun dan mengejar Alif dengan pantas.Tetapi apalah nasib malangnya hari ini,Alisya terlanggar bonggol kayu dan dia terjatuh.
 Alif yang ternampak kejadian itu,segera mendekati Alisya dan menghulurkan tangan.Alisya hanya memandang tangan Alif dengan tiada perasaan.Alif yang geram dengan Alisya segera mendukungnya.
 Alisya meronta-ronta di dalam dakapan Alif,tetapi Alif hanya membiarkan Alisya memukul dadanya sehingga tangan itu lenguh dan berhenti sendiri dari memukul dadanya.
 Alisya yang malu,segera menyembunyikan wajahnya di dada Alif.Ketika mereka sedang melalui ruang tamu,semua mata sedang memandangnya.
 "Amboi,nak berdukung-dukung pulak.Ngada-ngada betul lah acik ni,tak malu betul."ujar mak su.
 "Mak su ,tadi Alisya terjatuh masa kat luar tadi.Kaki dia terseliuh.Tu yang saya dukung dia tu,"
 Nasib baik mamat ni bagitahu perkara sebenar ,kalau tak malu aku nak pandang diaorang,ujar Alisya yang ketika itu matanya amat ngantuk.Tanpa sedar ,dia telah tertidur di dalam dakapan Alif Syazwan.
 Alif membaringkan Alisya dengan berhati-hati di atas katil.Alif mengambil kesempatan itu untuk menatap wajah wanita yang telah berjaya menambat hatinya.

 Alif memberikan kucupan di kening Alisya sebagai tanda cintanya yang mendalam.Alif yang sudah terasa ngantuk ,terus terlena dengan berbantal pelukkan Alisya.Tanpa sedar Alisya turut membalas pelukkan Alif.Mereka tidur bermimpikan mimpi yang indah.


oppss... nakal taw Alif nie... sedapnya suara dia... 

cinta hati bab 11

last untuk malam nie.. esok kita sambung lagi..


                                          BAB 11


 Sehari sebelum majlis perkahwinannya,Alisya telah menghubungi rakan-rakannya untuk mengingatkan bahawa esok merupakan hari perkahwinannya.Mereka harus menghadirkan diri.
 Mimi dan suami sudahpun berada di kampung tiga hari lebih awal daripada yang lain.Mereka amat gembira akhirnya seorang lagi ahli kumpulan Mak Bedah akan menamatkan zaman bujangnya.
  Farisya,Mika dan Khalisya akan sampai di rumah Alisya petang ini.Mika akan menjadi juru make up.Manakala,Farisya akan menjadi juru gambarnya dan Khalisya akan menjadi pengapit pengantin perempuan.
 Mimi membantu Alisya meletakkan bunga telur pada bunga pahar.Suaminya berada di luar berbual-bual bersama dengan bapa Alisya.
 Pada jam 3.30 petang,rumah Mak cik Ainon di serbu oleh tiga orang gadis yang merupakan rakan-rakan kepada Alisya.Mereka bersalaman dengan tetamu yang sedang sibuk membuat kerja.
 Mereka masuk ke dalam rumah dan berjumpa dengan Alisya dan Mimi yang sedang menyucuk bunga telur pada bunga pahar.
 "Assalammualaikum bakal pengantin perempuan dan mak buyung.Sibuk nampak?"usik Khalisya.
 "Waalaikumsalam..."jawab Alisya dan Mimi serentak.
 "Bila korang sampai?"
 "Baru je sampai.Aku tak sempat lagi jumpa mak bapak aku.Kitorang dari tempat kerja terus pergi rumah kau."ucap Farisya.
 "Ala...kesiannya kawan-kawan aku ni.Tak pe,esok aku belanja korang makan,korang makanlah puas-puas."
 "Wei,kau ni tak payahlah nak buat lawak bodoh pulak.Esok kau kahwin,sempat lagi kau nak belanja kitaorang makan ?"jelas Mika.
 "Hehehe...aku belanja makan kat rumah akulah."
 "Kurang asam punya kawan .Aku punyalah percaya tadi!"gerutu Mika.
 Dia mencubit paha Alisya,geram betul aku dengan minah ni tau.
 "Mika! Kau rasa Alif datang tak?"
 "Kau ni ngigau ke apa? Dah tentulah dia datang,takut sangat cik abang dia tu tak datang.Kan dia jiran kesayangan kau."
 "Cik jiran kesayangan amendenya? Aku cuma tanya je.Jangan fikir lain eak! ."
 Semenjak hari dia pakai inai malam tu ,langsung aku dah tak nampak dia! Kenapalah sekarang ni dia selalu hilang? Ujar Alisya dalam hati.
 Entah mengapa Alisya sendiri tidak tahu sejak pertemuan akhir itu dia sentiasa gelisah.Bayangan Alif sentiasa mengekorinya ke mana-mana jua.Alisya sendiri tidak tahu mentafsirkannya.Adakah itu tandanya rindu? Jika ia,mengapa perlu rindu? Sedangkan dia tidak mencintai Alif.
 "Woi,kau ni kenapa? Aku tengah cakap ,kau boleh lagi termenung!"sergah Mika.
 "Tak de apa-apalah.Aku nak pergi ambik air jap kat luar.Korang nak air apa?"
 "Air apa-apa jelah.Asalkan boleh minum.Tekak aku dah haus dah ni."ucap Mika.
 Alisya segera berlalu keluar.Alisya memerhatikan tetamu yang sedang asyik membuat kerja.Matanya mencari Mak cik Senah,tapi malangnya matanya tidak langsung nampak kelibat wanita itu.
 Aik? Hairan bin ajaib betullah keluarga dia orang ni.Rumah aku kenduri bukan nak pergi.Kereta kat rumah dia punyalah banyak! Tapi seorang pun aku tak nampak batang hidung? Ni yang aku geram ni.Nak je aku bakar rumah dia ni.
 Alisya segera mengambil air dari pak cik yang menjaga bahagian air.Lalu dia membawa beberapa cawan untuk rakan-rakannya.
 Mereka berbual sehingga semua tetamu pulang.Mereka berjanji akan datang esok seawal yang mungkin.Sebelum pulang,mereka memberikan kata-kata semangat kepada Alisya.



nanti kejap.. nak bagi bonus lagi satu bab...next bab 12

cinta hati bab 10

haa.... hari yang dinanti telah tiba..



                                                         BAB 10
Kini Alisya dapat merasakan debaran yang akan dilalui bagi setiap bakal pengantin.Sedangkan dalam seminggu lagi,dia akan menjadi raja sehari.
 Segala persiapan sudah hampir selesai.Hantaran bagi pihak lelaki sudah dihantar ke rumah Alisya dan hantaran bagi pihak perempuan telah dihantar ke rumah pihak lelaki seminggu yang lalu.
 "Mak barang ni nak letak kat mana?",tanya Alisya kepada emaknya setelah dia selesai membungkus kotak yang berisi gula-gula dan kerepek untuk diberikan kepada para tetamu yang hadir di majlisnya nanti.
 "Letak je kat dalam bilik mak,nanti kalau nak baru ambik!"
 Setelah meletakkan barang di dalam bilik emaknya.Alisya terus menuju ke halaman rumahnya.Dia ingin mengambil angin seketika.Suasana di kampung amat mendamaikan.
 Sesekali matanya memandang ke rumah Alif.Pelik,kenapa rumah Alif juga ada khemah??? Macam dia pulak yang nak kahwin .Ingin ditanyakan kepada emaknya tetapi nanti dia dikatakan suka menjaga tepi kain orang pula,dipadamkan hasratnya untuk bertanya.
 Lantas dia menyertai saudara-maranya yang sedang mengubah suai hantaran bagi pihak lelaki.Alisya duduk disebelah sepupunya.Dia merenung ke arah hantaran tersebut.
  Sedang asyik dia termenung,tiba-tiba terdengar satu suara yang amat dikenalinya.Suara Mak cik Senah!.Lantas dia menjenguk ke luar untuk mengetahui empunya suara.
 "Jemputlah masuk mak cik,mak ada di dapur"kata Alisya.
 "Tak pelah,tolong panggilkan mak kamu sekejap,mak cik nak bercakap dengan mak kamu sikit."
 "Kejap ye mak cik,saya panggilkan."
Alisya menuju ke arah emaknya yang sedang sibuk di dapur.
 "Mak,Mak cik Senah panggil,ada hal sikit katanya."
 "Sekejap mak nak basuh tangan dulu."
 Mak cik Ainon berlalu ke ruang tamu untuk berjumpa dengan bakal besannya.
 "Ada ape Senah?Ada apa yang tak siap lagi ke?"Tanya Mak cik Ainon.
 "Semuanya dah siap dah Ainon,kamu jangan la risau.Aku datang sini saja je nak tengok-tengok kalau ada apa-apa yang aku boleh tolong."jelas Mak cik Senah.
 "Hari ni tak ada buat apa-apa lagi,si Alisya tu baru lepas bungkus bunjutan untuk tetamu."
 "Lagi satu,aku datang ni nak mintak nombor si Alisya tu.Alif cakap hari tu dia ada mintak kat Alisya,tapi bila dia telefon suami kamu yang angkat.Tu yang aku datang nak mintak."jelas Mak cik Senah.
 "Ye ke.kenapa si Alif tu tak mintak kat saya sendiri,sekejap saya tulis dalam kertas."
 Mak cik Ainon meminta Alisya megambil pen dan kertas.
 "Nah mak!"
Alisya menghulurkan kertas dan pen kepada emaknya.
 Mak cik Senah segera menulis nombor Alisya ke atas kertas.Lalu menghulurkan kertas tersebut kepada Mak cik Senah.
 Mak cik Senah meminta diri setelah hajat anaknya telah dipenuhi.Mak cik Senah membisikkan sesuatu ke telinga Mak cik Ainon.Mak cik Ainon hanya tersenyum  dan menganggukkan kepalanya.


 "Alisya,mak nak mintak Alisya pakai inai dekat jari tu.Biar berseri sikit wajah tu,tak adalah orang tengok muram je muka tu."
 "Mak ni,adik tak sukalah pakai inai! Buruk giler."
 Macam manalah aku nak cakap lagi dengan anak aku sorang ni.Semua yang aku suruh kalau boleh dia tak nak buat.Macam manalah Alif nak tahan dengan perangai Alisya ni.
 Alisya melihat muka emaknya yang muram.Dia mula merasa tidak sampai hati bila melihat wajah emaknya yang sangat mengharap.
 "Yela,adik pakai .Tapi tak naklah corak-corak yang penuh-penuh.Adik nak corak simple je."
 "Ha....macam nilah anak mak.Kejap lagi mak suruh mak su pakaikan .Takkanlah lusa dah nak nikah ,esok baru nak pakai.Nanti apa pulak kata orang."
 Yela...Alisya menjawab dalam hati.Dia segera masuk ke dalam bilik mandi,dari tengah hari tadi tak mandi.Dah macam bau lembu cikgu Roslina pulak.
 Ketika sedang Alisya mandi,dia tiba-tiba teringat akan ketiadaan Alif seminggu yang lalu.Mana pulak mamat ni pergi? Takkan aku nak kahwin dia tak datang! Dah kira tak aci lah ni,ucap Anis dalam hati.
 Setelah selesai mandi ,Alisya menunaikan kewajiban sebagai seorang umat islam yang sentiasa mengingati kehadiran Tuhannya di sekelilingnya.
 "Alisya...cepatlah sikit.Kata nak pakai inai! Apa yang kamu buat dalam bilik tu?"ucap mak su Alisya.
 "Sekejaplah mak su ,Alisya nak sikat rambut jap."
 Alisya segera ke ruang tamu.Takut-takut nanti akan bergema lagi suara tarzan tak berikhtiraf tu.
 Alisya amat terkejut apabila dia melihat Alif juga turut berada di ruang tamu tersebut.Macam tahu-tahu je mamat ni.
 "Hai,boleh saya tumpang pakai inai sekali tak ? Dekat rumah tu langsung tak ada yang pandai pakaikan inai."pinta Alif.
 "Suka hati kaulah.Tapi kenapa pulak kau nak pakai inai ? Bukan kau yang nak kahwin pun."
 Di dalam hati,Alif berkata.Memang aku nak kahwinpun,aku nak kahwin dengan kau!
 "Saya saje je nak pakai.Teringin pulak nak pakai,lagipun esok saya terlibat dengan majlis ni."
Alif yang masih menyembunyikan perkara yang sebenar daripada Anis.
 "Emm..mana satu dulu mak su nak pakaikan ?"
 "Apa kata mak su pakaikan Alif punya dulu? Alisya punyakan lama.Lepas pakai inai boleh dia balik rumah terus."
 "Amboi,menghalau nampak? "
 "Aku bukan menghalau ,cuma aku malulah nak pakai depan kau."
 Memang selama di hidup sampai hari ni memang dia tak pernah pakai inai.Dia takut nanti Alif ketawakan dia.
 "Apa yang nak dimalukannya? Bukan ada apa-apapun.Pakai inai je pun."
 "Aku tak suka pakai inailah dan buat pengetahuan kau,hari ini merupakan hari paling bersejarah dalam hidup aku!"
 "Menipulah,awak takkanlah tak pernah langsung pakai inai?"
 "Betullah,nak buat apa aku tipu."
 Setelah Alif siap memakai inai pada tiga jari pada kedua-dua belah tangannya,dia memohon untuk pulang ke rumah kerana takut emaknya akan mencari.
 Sebenarnya,dia telah menyatakan kepada emaknya yang dia ingin ke kedai untuk membeli gula-gula dengan abangnya bagi menghilangkan rasa gemuruh sebelum memegang tangan Tok Mudim,eh,Tok Kadi.Gula-gulalah sangat,gula-gula dekat rumah Alisya,ujar abang Azman.
 Sebelum pulang Alif telah meminta anak mak su untuk mengambil gambar Alisya ketika sedang di pakaikan inai.Itupun secara berbisik,dia takut Alisya akan tahu.
 "Irfan,janganlah ambik gambar acik masa pakai inai.Bukannya cantik pun.Kalau nak ambik, ambik lusa.Masa acik tengah cantik."
Marah Alisya apabila menyedari dari tadi Irfan asyik mengambil gambarnya.
 "Ala acik,Irfan nak buat kenang-kenangan.Nanti Irfan bagi acik tengok."
 "Biarlah dia Alisya,mak su nak pakaikan dekat kaki ni.Mak kamu cakap ,dia nak kamu tidur dalam bilik dia.Takut nanti kotor cadar pengantin kena inai kamu."
 "Okey mak su,jom pergi bilik mak! Alisya pun dah penat sangat ni."
 Mereka berdua masuk ke dalam bilik emaknya.Alisya di minta baring,bagi memudahkan mak su memakaikan inai di kaki.
 Setelah selesai kaki kiri di pakaikan.Mak su perasan Alisya mula senyap.Apabila dia melihat Alisya,rupanya dah tidur.Penat sangatlah tu,seharian dia di dalam rumah membantu menyiapkan persiapan.



 malam berinai.. next kahwin.. bab 11 

cinta hati bab 9

dah bosan ke? jangan laa... ada beberapa bab lagi fara nak update.. nak tak tunggu sampai Alisya kahwin? sapa nak angkat tangan...

                                                BAB 9
 Genap dua bulan Alisya menjadi babysitter Dalili dan dia telah merasa memegang duit sendiri.Gaji menjadi babysitter tidak banyak,hanya RM200 sebulan.
 Mak Cik Ainon telah menyuruh Alisya pergi menempah baju pengantin dan barang hantaran sekali.Tapi yang Alisya tak setuju tu,kenapa mesti pergi dengan mamat tu? Kenapa aku tak pergi dengan bakal suami aku sendiri? Dah la kena pergi berdua pulak tu.
 Mamat tu pulak bukan main suka lagi bila mak yang suruh .Emm...ikut jela.Bukannya nak buat apa-apa pun.Hehehe...siaplah kau.aku nak ajak kau pergi butik Mika.
 Bukan dekat butik Mika tu.Dari Soeharto ke Kuala Lumpur,berapa jamlah kat dalam kereta ni? Mesti kematu punggung mamat ni.Nasib baik kereta mamat ni mahal,yela kereta suzuki swift lah katakan.Macam tahu-tahu je aku suka kereta ni.
 "Bakal suami kamu tu ,sebijik macam Alif badannya.Kamu tanya jela apa-apa dekat Alif ni.Dia lelaki ,dia tahu apa yang lelaki suka."ujar mak cik Ainon.
 "Yela mak,adik pergi dulu."
 "Hati-hati Alif bawak kereta.Kang tak pasal-pasal  kahwin kat hospital kamu karang."sambung Mak Cik Ainon.
 "Baik mak cik.Saya pergi dulu.Mungkin kami balik malam kot."ujar Alif.
 "Suka hati kamulah,mak cik nak kamu jaga Alisya ni elok-elok.Kamu tahu-tahu jela Alisya ni.Dialah satu-satunya anak mak cik."kenyataan Mak Cik Ainon menyentuh hati Alif.Dia berjanji akan menjaga Alisya seperti dia menjaga dirinya sendiri.
 "Kami pergi dulu.Assalammualaikum."ucap Alif.
 "Kenapa lambat sangat? Aku dah janji dengan Mika nak sampai sana sebelum pukul dua."ucap Alisya.
 "Ala...rileks la.Sekarang baru pukul berapa? Cuba tengok jam.Baru pukul 10.30.Banyak masa lagi."jawab Alif.
 Selepas melepasi Bukit Tagar.Alisya telahpun membuat tahi mata.Keadaan di dalam kereta yang membosankan membuatkan mata Alisya mudah terpejam.
 Minah ni ,aku baru nak berbual dengan dia.Dia boleh pulak tidur.Emm..alamatnya,aku kena layan radio Eralah jawabnya.
 Ketika Alif membuka radio,betul-betul tengah nak main lagu Puspa,ST12.Macam kena je lagu tu untuk dirinya.Bagi menghilangkan rasa boring,Alif turut menyanyikan lagu tersebut.
 Hisy,Minah ni .Nasib baik aku tahu jalan nak pergi butik kawan baik dia tu kat mana .Kalau tak ,sesatlah jawabnya.Sesekali ,Alif memandang Alisya di sebelahnya yang sedang tidur.
 Comel pulak aku tengok minah ni tidur.Macam sleeping beauty jew.Hisy,aku kalau asyik pandang minah ni tidur .Alamatnya ,kahwin kat hospitallah jawabnya.
 Alisya mula tersedar ,apabila dia merasakan kereta yang di pandu oleh Alif berhenti.
 "Helo,puteri tidur.Kita dah sampai.Kata nak pergi beli barang hantaran ."Alif sengaja mengusik Alisya yang masih mamai.
 "Bukan aku cakap nak pergi butik Mika ke? Yang kau pandai-pandai pergi kedai hantaran kenapa?"marah Alisya .
 "Tulah,orang nak berbual dengan dia.Perginya bantai tidur! Cik kak oi,kita dah sampai lah kat butik kawan awak tu.Cuba awak keluar tengok sendiri."ucap Alif.
 Alisya segera keluar dari kereta .Hehehehe...sorry lah,tak pasal-pasal dah kena marah dengan aku.
 Mereka jalan beriringan memasuki butik Mika.Alisya sungguh kagum melihat dekorasi dalam butik tersebut.Pembantu Mika memberitahu bahawa Mika telah keluar .
 Nampaknya aku kena pilih sendiri.Dahlah aku bab-bab baju pengantin ni tak pandai.Hisy,mamat ni bukan main lagi dia belek baju-baju tu.Macam dia pulak nak kahwin.
 "Nampaknya ,pasangan cik dah suka sangat dengan baju tu.Apa kata cik cuba dulu baju-baju tu."
 Helo ? Bila masa pulak aku nak kahwin dengan mamat ni? Tak hingin aku.Nak je aku marah budak ni,tapi tak sampai hati pulak bila tengok muka dia.
 "Sebelum saya lupa,cik Mika dah buatkan cik sepasang baju.Sekejap saya ambilkan."sapa pembantu Mika yang bernama,Asyikin.
 "Nasib baik Mika dah buatkan untuk aku,kalau tak .Tak tahu aku nak pilih yang mana satu.Semua nampak cantik."ucap Alisya dengan nada yang perlahan.
 "Awak...nanti try baju ni eak? "ucap Alif.
 "Hmm...Bak sini.Cantik jugak kalau buat baju untuk potong kek."jawab Alisya.
 Asyikin mengeluarkan sepasang baju kurung moden berwarna putih gading keemasan bertatahkan permata.Baju tersebut di reka khas oleh Mika untuk majlis akad nikah nanti.
 "Cantiknya.....mesti mahalkan?"soal Alisya kepada Asyikin.
 "Cik Mika kata baju ini khas untuk cik,dia sponsor. Pilih je baju untuk sepanjang majlis cik. emm...cubalah dulu baju ini cik. Kalau ada apa-apa yang boleh diubahsuai, boleh saya buatkan sekarang.!"Asyikin mengarahkan Alisya ke bilik persalinan.
 "Awak,ni amik sekali baju ni.Saya nak tengok."ujar Alif.
 "Nak buat apa baju banyak-banyak? Dua cukuplah."ucap Alisya.
 "Mak cik kata suruh pilih tiga baju,untuk nikah satu,untuk potong kek satu.Lepas tu untuk sanding satu."
 Walaupun Alisya tidak berapa suka,apabila nama emaknya dibangkitkan .Dia perlu setuju dalam keterpaksaan.Emm...dah nasib badan,nak buat macam mana? Kenalah hadap semua-semua ni.Bila lagi mak nak tengok anak dia pakai baju pengantin?
 "Cepatlah pilihkan ,aku tak reti nak pilih baju-baju ni!"ucap Alisya jujur.
 Asyikin berasa pelik apabila mendengar bahasa yang di gunakan oleh Alisya kepada pasangannya.Ada ke beraku kau? Tak romantik betullah minah ni.Panggillah abang ke,baby ke? Ni tak aku kau je.
 Alisya berpuas hati dengan ketiga-tiga baju yang berada di tangannya.Dia segera masuk ke bilik persalinan untuk mencuba.
 "Saya rasa ,abang pun boleh cuba try baju untuk pengantin lelaki.Mana tahu tak muat,susah pulak nanti nak pakai."usul Asyikin.
 Hisy,budak ni macam tahu-tahu je apa yang aku fikir.Hehehe...gerutu Alif.
 Alif menurut sahaja perintah pembantu tersebut.Lima belas minit kemudian,dia keluar dari bilik persalinan.Segak dengan baju Melayu warna putih gadingnya.Lelaki itu membetulkan samping keemasan yang agak longgar dan membutang leher bajunya .
 Beberapa minit kemudian,Alisya pula keluar siap mengenakan baju kurung moden dengan butiran permata di atasnya.Nampak kena sekali dengan tubuhnya.Terpegun Alif melihat kecantikan dan keayuan Anis Alisya.Begitu berbeza dengan tutur katanya yang kasar.
 "Cantik!"spontan pujian dilontarkan.
 "Cantik cik,sesuai dengan cik."sokong Asyikin.
 Alisya tersenyum bangga kerana belum pernah ada orang yang panggil dia cantik.
 "Awak...sini kejap!" panggil Alif mendekatinya.
 Hisy,apalah pulak mamat ni nak? Jangan-jangan dia nak malukan aku tak? Walaupun Alisya memikirkan keadaan-keadaan yang mungkin berlaku kepadanya,namun dia tetap berjalan ke arah Alif.
 "Nak apa?"tanya Alisya.
 "Ni ,saya nak betulkan kerongsang awak.Senget semacam je saya tengok."
 Laaaa....nak betulkan kerongsang je pun.Sorry lah dah salah sangka pulak.
 Selepas selesai menukar pakaian semula,Alisya dan Alif mengucapkan terima kasih kepada Asyikin.Mereka akan pergi mencari barang hantaran.
 "Awak....jom makan jom.Saya laparlah.Dari pagi tadi saya tak makan apa-apa pun!"pujuk Alif.
 "Boleh jugak,dah sampai KL ni apa kata kita makan sushi ? Sedap tau,aku suka sangat.Dah lama tak makan.Kalau masa kecik dulu selalu jugak makan,itupun masa ada rombongan."luah Alisya.
 "Emm...okey jugak.Saya nak jugak tahu sushi tu macam mana .Selama ni saya asyik hadap sambal belacan je.Kadang-kadang jemu jugak.Tapi saya memang tak boleh hidup tanpa sambal belacan."ujar Alif.
 Alif terus memandu keretanya ke destinasi yang dikatakan oleh Alisya.Cakap je apa nama tempat tu mesti dia tahu.
 Alif,Danish,Haikal dan Aiman sudah tawaf satu Kuala Lumpur ni semasa berada di tingkatan empat lagi.Waktu-waktu cuti semesta dihabiskan dengan menjelajah Kota Metropolitan tersebut.
 Mereka kini sudah sampai di Restoran Sushi King di kala jam sudah menunjukkan tepat pukul 1.30 petang.Alisya segera masuk ke dalam restoran itu tanpa menunggu alif.
 Akhirnya ,dapat jugak aku makan sushi hari ni.Nigiri Sushi,Temaki Sushi....tunggu kedatangan aku,ujar Alisya .
 Minah ni tak sabar-sabar betullah.Tahulah kau suka sushi,tapi cover-cover lah sikit,ucap Alif dalam hati.
 Mereka mengambil tempat yang agak tersorok sedikit.Alisya kata ,takut nanti mana tahu kawan-kawan dia nampak.Suka hati awaklah Alisya,saya ikut je.
 "Awak selalu ke pergi sini?"tanya Alif bagi memecahkan tembok kebisuan antara mereka.
 "Selalulah jugak,tapi biasanya aku pergi dengan geng-geng aku."jawab Alisya.
 "Awak...saya nak tanya sikit boleh tak?"ucap Alif.
 "Apa dia ? tanyalah."
 "Awak dah sedia ke belum nak kahwin?"soal Alif.
 "Emm...sebenarnya tak berapa nak ready.Sebab,aku tak pernah lagi jumpa bakal suami aku tu.Aku nak tau jugak muka dia handsome ke tak ? Tegap ke tak? Ada tak muka macam Yosoeb."jelas Alisya
 "Awak memang peminat finatic Korea eak?Saya tengok dari pemakaian awak,makanan kesukaan awak,artis kesukaan awak.Semuanya Korea."tanya Alif.
 "Yup,aku minat giler dengan Korea! "jelas Alisya lagi.
 Seorang pelayan datang menghampiri mereka dengan membawa makanan yang di order oleh Alisya.
 "Terima kasih."ucap ucap Alif.
 "Hisy,kau ni buat malu je.Lain kali cakap la khamsanida,sekarang kita dekat restoran Jepun tahu!"tegur Alisya kepada Alif.
 "Yela,sorry.Saya mana tahu semua-semua ni.Lain kali awak bagi tahulah dulu."ucap Alif.

"Apa kata kita makan dulu? Aku dah tak tahanlah tengok sushi ni.Diaorang dah panggil-panggil aku suruh aku makan diaorang."kata Alisya.
 "Yela,makan-makan.Jangan malu-malu,hari ni saya belanja awak.Kalau tak cukup,awak order lagi."
 "Ha,aku syorkan kau makan ni,nama dia Salmon Sushi.Aku suka sangat makan sebab ,dia dibuat dari ikan salmon.Ada jugak yang di buat dari udang,ikan tuna dan belut.Sedap tau ,cubalah."jelas Alisya.
 Alif membuka mulut untuk menjamah makanan.Alisya pun mengambil sushi tersebut lalu makan dengan penuh perasaan.
 "Sedap!"ucap Alif apabila habis makanan di dalam mulutnya.
 "Yang ni pulak Temaki Sushi.Yang ni di buat daripada asparagus dengan ikan throut.Kemudian di balut dengan nasi macam Nigiri Sushi."
 Alif terus mengambil makanan itu menggunakan chopstik lalu memasukkannya ke dalam mulut.
 "Wow !Sedap jugak.Tapi lagi best kalau ada sambal belacan..."ucap Alif.
 "Hisy,kau ni tak habis-habis dengan kau punya sambal belacan tu , kat Jepun mana ada sambal belacan.Ha,kau cuba makan benda hijau ni.Namanya wasabi,pasti terangkat bila kau makan .Aku gerenti kau suka."lincah tangan Alisya meletakkan makanan tadi ke dalam pinggan Alif.
 Macam aku pernah nampak je benda ni,tapi kat mana eak? Macam acik pernah cakap je benda ni.Lantaklah,apa kata aku cuba dulu.Alif ambil wasabi itu ,dia makan bersama dengan Temaki Sushi.
 Wow,dahsyat giler.Pedas nak mampus.Tak sangka aku kat Jepunpun ada makanan yang pedas macam ni.
 Alisya hanya tersenyum melihat reaksi Alif bila makan wasabi tadi.Macam dah berasap je telinga mamat tu.Hehehehe....ketawa Alisya dalam hati. Terangkat tak? Terangkat tak? Hahaha.
 Kau memanglah Alisya ,suka kenakan aku.Siap kau nanti aku balas lagi dahsyat dari ni.Sampai bila-bila pun kau takkan lupa.Hehehe...
 Selepas habis makan ,mereka keluar dari restoran tu dan pergi ke shopping kompleks untuk membeli barang hantaran.
 Banyak barang-barang hantaran yang Alisya pilih untuk dirinya.Mak yang suruh aku beli hantaran untuk diri aku,tu yang pelik tu.Bukan aku patutnya beli untuk pihak lelaki ke?
 Alisya memandang Alif yang sedang memilih barang keperluannya.Nampak macam banyak jugak mamat ni beli.Kalah aku punya barang,nak tanya malu pulak.
 Bila sampai di kaunter pembayaran Alisya mengeluarkan duit yang di berikan oleh emaknya semasa di rumah tadi.
 "Tak pe,biar saya bayar sekali awak punya barang.Lagipun tadi mak awak ada bagi duit kat saya .Dia suruh bayarkan untuk awak punya."ucap Alif.
 "Okey." balas Anis ringkas.
 "Apa kata kita pergi kedai emas?"tanya Alif.
 "Nak buat apa?"tanya Alisya kembali.
 "Nak beli untuk awak lah.Tadi mak awak suruh pergi sekali.Katanya,dia nak awak yang pilih sendiri apa yang awak nak."ucap Alif bersungguh-sungguh.
 Apabila sampai di kedai emas,Alisya jadi rambang mata apabila melihat cincin-cincin yang pelbagai bentuk.Semuanya cantik belaka.
 "Adik,tolong ambilkan cincin yang dah saya tempah atas nama Anis Alisya ye."pinta Alif kepada juru jual tersebut.
 Ha? Cincin atas nama aku? Bila masa pulak aku tempah cincin? Bicara Alisya dalam hati.
 "Ni encik,harap encik berpuas hati dengan cincin ni."ucap jurujual itu.
 Wow,cantik giler cincin ni.Kreatif betullah,dahlah cincin emas putih.Alisya melihat cincin itu tanpa berpaling ke arah cincin-cincin yang lain.
 "Apa lagi,cuba la pakai.Takut tak muat pulak nanti."
 Alisya mengambil cincin tersebut dan menyarungkannya ke jari manisnya.Mak ai,muat-muat pulak tu.Macam tahu-tahu je saiz jari aku.
 "Okey tak?"
 "Okey ,okey"
 Setelah selesai membayar harga cincin itu.Merekapun beransur untuk pulang ke rumah kerana jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang.



amboi.. shopping sakan.. bestkan kalau dapat suami kaya. alhamdulillah.. next bab 10